Friday 23 March 2012

Sejarah Penubuhan Kor Suksis USIM



            Kor Sukarelawan Polis Siswa / Siswi (SUKSIS) telah ditubuhkan di Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM ) Nilai pada 1 Julai 2006.  Pengambilan pelatih Kor SUKSIS USIM yang pertama seramai 58 terdiri daripada lelaki dan wanita yang dikenali sebagai Skuad 1 telah berjaya terpilih. Seterusnya proses perlantikan serta sesi latihan para pelatih bermula pada bulan September 2006.

            Sebagai IPTA yang pertama dipilih menubuhkan Kor SUKSIS di Negeri Sembilan, penerapan nilai kepolisan di kalangan peserta terpilih telah diberikan keutamaan supaya setiap peserta dapat memberikan keterampilan dan ketahanan mental serta displin yang tinggi dan dijadikan contoh kepada pelajar lain serta dapat menarik minat pelajar yang baru untuk menceburi bidang ini.





No comments:

Post a Comment