Friday 23 March 2012

Pengenalan



Kor Sukarelawan Polis Siswa / Siswi (SUKSIS) telah ditubuhkan di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai pada 2006. Jumlah terkini keanggotaan SUKSIS adalah seramai 169 orang  yang terdiri daripada 70 siswa dan 99 siswi. Sepanjang penubuhan Kor SUKSIS ini, para pelatih telah didedahkan dengan latihan kawat, jasmani, undang-undang dan latihan luar. Oleh itu MODUL program-program latihan telahpun dijadualkan kepada anggota Kor SUKSIS Universiti Sains Islam Malaysia, dimana ianya merupakan pelajaran asas bagi pegawai / anggota yang sedang menjalani Latihan Asas Kor SUKSIS di semua IPTA di Malaysia. Diharap semua pelatih, Kor Sukarelawan Polis Siswa / Siswi ( SUKSIS ) yang menyertai latihan ini dapat memperolehi kemahiran insaniah dan dan mempraktikkan ilmu yang di pelajari dengan baik sejajar dengan kehendak pucuk pimpinan PDRM dan Universiti Sains Islam Malaysia..







No comments:

Post a Comment